cincin
bismillah .. semalam aku dikejutkan dengan 1 panggilan video dari hafiz . "yang , esok kita beli cincin nak ?" fikiran ku kaku , darah ku terhenti mengalir seolah jantung juga berhenti berdegup . lantas jantung ku bergedup kencang , lepas aku teringatkan mak ayah aku . mak ayah aku boleh ke terima hafiz ? tapi ini lah masa nya yg aku tunggu dari hafiz . tpi hafiz betul ke nk serious dgnn aku ? benarkah dia lelaki yg ditakdirkan oleh allah ? betul ke dia dah berubah ? betul ke dia serius ? ya allah bantu aku ya allah . fikiran ku celaru ya allah . bagi aku , ,menerima cincin dari seorang lelaki tu , adalah memasuki chapter yang baru dalam hidup aku . bila aku tanya hafiz , cincin tu untuk apa , dia jawab dia mmg berniat nk bagi aku cincin , lama dah dia dh berniat nk bg aku cincin , tpi selama ni dia belum mampu untuk belikan aku . kalini , dia dpt rezeki lebih , dan nk belikan aku cincin tu . ya allah terima kasih ya allah selama ni kau dengar rintihan aku , supaya allah bukak jalan hafiz untuk menghalalkan aku . tapi terlalu bnyak hal yg aku perlu perbetulkan , lagi2 pandangan ayah pada hafiz . ayah betul2 x nk bermenantukan hafiz . hmm katanya hafiz hanyalah lelaki yg belum matang dan buang masa , dan x menjamin masa depan aku . terlalu banyak aku dan hafiz kena perbetulkan keadaan kami dulu , baru betul2 boleh jumpa ayah , dan buktikan pada ayah , yg dia bukan seperti lelaki yg ayah fikirkan tu . dalam aku bahagia dalam aku keliru , aku cuba mengadu pada mek . fikiran ku celaru betul masatu . aku x boleh berfikir secara waras ..bila aku cuba sampaikan , dia sedaya upaya suruh aku terima cincin hafiz . katanya , ambil aja, kalau betul x de jodoh , pulangkan je la cincin nya . bagi aku pula , biar lah cincin yg aku terima tu , bertukar menjadi cincin nikah , bukan kena pulangkan balik cincin tu . kemudiam , difitnahnya aku x terima cincin hafiz , sbb aku belum sedia dgn hafiz dan belum mencintai hafiz sepenuhnya . sunggah aku menangis mendengar ayatnya . selama ni , aku bersabar dgn ape yg hafiz buat pada aku , beberapa kali dia curang dgn aku , aku tetap dgn hafiz , aku masih tunggu hafiz . hafiz bnyak buang masa , x kerja . namun aku tetap tunggu hafiz . ade lelaki yg cuba untuk mendapatkan aku , tpi aku tetap masih setia dgn hafiz . cuma yg aku takutkan , bila aku terima cincin hafiz , mcm mana kalau dia masih sama ? main perempuan dibelakang ku , mcm mana kalau dia x de niat pun nak kawin dgn aku ? mcm mana ? hati aku nnti mcm mana ? harini , aku dah buat keputusan untuk terima cincin yang hafiz berikan untuk aku , dengan niat nya untuk menghalalkan aku . bukan untuk suka2 atau sebuah hadiah sahaja.. alhamdulillah aku dpt sebentuk cincin yang sangat cantik dan manis terletak dijariku . semoga cincin ini terus menyinari hari2 aku dan menerangi jalan kami untuk sampai ke jinjang pelamin dan ke syurga nnti . aminn ya allah amin .. 27, nov 2023 |
Welcome
entry
Shout Out
Contact Me
Credit
The basecodes is from Hafiz Zulkafly . Edit by AzuNyan . Re-edit by me . Nice background from Tumblr . Other image from We♥it and special thanks to Atin Tory cause help me .
|